fbpx

MotoGP: Honda melangkah tanpa Repsol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIR (kiri) dan Marini terus menjadi sandaran Honda untuk mengubah nasib mereka musim ini selepas tiga musim bergelut dengan prestasi. - FB MOTOGP

SEPANG – Selepas tiga dekad bersama Repsol, pasukan Honda kini membuka langkah memperkenalkan livery baharu untuk musim MotoGP 2025 dengan Castrol sebagai rakan penaja utama.

Sejak 1995, warna ikonik Repsol menghiasi jentera Honda di kelas premier, menjadikan kerjasama tersebut antara yang paling berpengaruh dalam sejarah MotoGP.

Honda kini tampil dengan warna rasmi HRC (Honda Racing Corporation) untuk musim 2025 dalam pelancaran rasmi mereka di Indonesia dan turut mengesahkan bahawa Castrol akan menjadi rakan penaja utama mereka bagi musim ini.

Musim 2024 menjadi mimpi ngeri buat Honda apabila mereka terperosok di kedudukan terakhir dalam kategori pengeluar apabila hanya mengumpul 75 mata sepanjang musim.

Pelumba utama mereka, Joan Mir dan Luca Marini berada di kedudukan tercorot dalam senarai pelumba, manakala keputusan terbaik Honda dalam Grand Prix hanyalah tempat kelapan menerusi Johann Zarco dari pasukan LCR di GP Thailand.

Zarco juga merupakan pelumba Honda terbaik dalam kedudukan keseluruhan, berada di tempat ke-17, namun apa yang lebih membimbangkan, musim lalu menandakan kali ketiga dalam tempoh lima tahun Honda gagal memenangi sebarang perlumbaan.

Bagaimanapun, musim ini Honda telah merekrut Aleix Espargaro yang memiliki pengalaman luas ketika membantu Aprilia meningkatkan prestasi mereka sebelum ini untuk menjadi pelumba ujian pasukan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI