fbpx

Memang orang bayar – Cik Epal sahkan reviu cecah RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pempengaruh Cik Epal menegaskan perkongsian tentang jumlah bayaran berkaitan reviu produk mencecah RM100,000 bukan rekaannya semata-mata.

SHAH ALAM – Pempengaruh dan usahawan sensasi, Cik Epal menegaskan perkongsian tentang jumlah bayaran berkaitan reviu produk dalam media sosial iaitu sekitar RM20,000 sehingga RM100,000 bukan rekaannya semata-mata.

Menurut Cik Epal atau nama penuhnya, Murni Mahmud, harga tersebut ditetapkan selepas popularitinya mencanak sejak kebelakangan ini.

“Saya rasa harga itu bersesuaian dengan hasil yang akan saya berikan. Kalau ada yang mahu bayar, saya akan buat dengan sehabis sehabis baik.

“Sesiapa yang pernah bekerja dengan saya, mereka pasti tahu saya akan ‘all out’. Insya-Allah mereka (klien) akan dapat pulangan mungkin lima kali ganda.

“Saya bukan artis atau selebriti, tapi sebenarnya ahli perniagaan. Jadi, saya tahu macam mana pasaran ini, namun dengan harga tetap boleh bincang,” katanya ditemui pada majlis ramah mesra bersama duta-duta Jakel bersama pelanggan di Jakel Shah Alam, di sini baru-baru ini.

Tambahnya, selepas memuat naik hantaran mengenai harga tersebut, dia menerima panggilan dan tawaran daripada dua syarikat untuk bekerjasama.

“Sebab memang sebelum ini pun, memang ada orang pernah bayar ikut harga tersebut. Ramai yang bertanya jadi saya beritahu.

“Sebelum ini, saya tak buka untuk reviu sebab dulu saya berniaga. Namun, bila nama ‘mendunia’ ketika ini, saya ambil peluang ini tapi tetap tahu ‘value’ saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, dia mendedahkan turut menerima tawaran lakonan.

“Ada yang tawarkan saya jadi cameo dan sebagainya.

“Cuma saya akan lihat tawaran dengan menilai jenis watak, kalau okey saya pertimbangkan,” ujarnya.

Sebelum ini, Cik Epal dalam mendedahkan senarai harga yang dikenakan bagi memberi ulasan atau tampil mempromosikan mana-mana produk dalam media sosial.

Menerusi perkongsian tersebut, Cik Epal mengenakan bayaran bermula dari RM20,000 sehingga RM100,000 bergantung kepada jenis kandungan promosi yang diinginkan.

Antara bayaran yang dikenakan ialah RM100,000 untuk siaran langsung dalam TikTok selama empat jam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI