fbpx

Luahan pembaca: Bercuti jangan sampai berendam air mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian lemas yang meragut nyawa seorang pemuda berusia 23 tahun di Port Dickson minggu lalu.

Saudara pengarang,

Setiap kali tiba cuti sekolah atau musim perayaan, ramai penduduk negara ini menggunakan peluang tersebut untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Terdapat banyak tempat-tempat menarik di dalam negara kita. Bagi mereka yang mempunyai bajet lebih, destinasi di luar negara menjadi pilihan. Kata orang duit boleh dicari, yang penting pengalaman. Apatah lagi ketika masih sihat tubuh badan.

Di dalam negara pun apa kurangnya. Setiap kali cuti sekolah, destinasi seperti Cameron Hihglands, Pahang, George Town, Pulau Pinang dan Melaka ‘sendat’ dengan pengunjung.

Bagi mereka yang sukakan laut, destinasi pilihan adalah Langkawi dan Port Dickson, namun yang tidak enak dide­ngar setiap kali cuti berlakunya insiden-insiden meragut nyawa seperti lemas.

Dalam masa 24 jam berlaku dua kes lemas di pantai Port Dickson melibatkan seorang pemuda berusia 20 dan 23 tahun dari Selangor yang mandi di kawasan Pantai Batu 5 dan Pantai Batu 2.

Insiden kehilangan nyawa ini bukan sahaja merentap ke­gembiraan ahli keluarga mereka, malah memberi pengajaran kepada orang lain agar sentiasa berwaspada ketika bercuti terutama di kawasan berisiko.

Kita tidak boleh mela­rang orang ramai bercuti di lokasi tersebut, namun langkah pencegahan perlu ditingkatkan. Jangan hampiri laut sekiranya cuaca atau ombak kuat.

Jangan biarkan ‘kegembiraan sementara’ itu membunuh masa depan kita. Selamat bercuti. Kepada yang memandu hati-hati di jalan raya.

Ninie
Seremban, Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI