NEW DELHI – Satu klip video tular di media sosial India memaparkan seorang lelaki memanjat pencawang elektrik voltan tinggi setinggi 24.38 meter, lapor portal berita Republic World hari ini.
Kejadian berlaku di bandar Bhopal, negeri Madhya Pradesh beberapa hari yang lalu.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @rajeshgarwal memaparkan pemuda bernama Vivek, 33, memanjat menara tersebut dalam keadaan mabuk.
Meskipun dirayu untuk turun oleh penduduk dan polis tempatan, dia tidak mengendahkan permintaan mereka.
Bahkan, dia kekal bertenggek di puncak menara elektrik selama 20 minit sebelum turun dengan sendiri.
“Kami segera menahan pemuda tersebut selepas dia turun,” kata polis. – AGENSI