fbpx

Kereta Mercedes dijual RM243 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta model Mercedes W196 R Stromlinienwage keluaran tahun 1954. - PA

BERLIN – Sebuah jentera perlumbaan jenama Mercedes yang pernah memenangi Grand Prix pada musim 1955, dijual pada harga €52.92 juta (RM243 juta) di Jerman, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Mercedes W196 R Stromlinienwage keluaran tahun 1954 itu merupakan satu daripada empat kenderaan tersebut yang pernah dibina. 

Ia pernah dipandu oleh beberapa juara Formula Satu (F1) termasuk Juan Manuel Fangio dan Sir Sitrling Moss.

Dengan kelajuan mencecah 299.33 kilometer sejam, kereta itu berjaya merangkul kejuaraan pada penampilan sulungnya di Grand Pix Buenos Aires 1955. 

Kereta itu dilelong oleh firma lelongan RM Sotheby’s di Muzium Mercedes-Benz, bandar Stuttgart, Jerman.

Jualan tersebut mencatatkan rekod untuk kereta Grand Pix paling mahal pernah dijual. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI