fbpx

Jadi anak derhaka kerana ‘skincare’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang gadis mengancam ibunya dengan pisau dan sebatang kayu. - Instagram

JAKARTA – Perbuatan seorang gadis di Indonesia yang mengamuk dan mengancam ibunya dengan pisau selepas tidak dibelikan produk penjagaan kulit mengundang perhatian orang ramai, lapor portal berita Merdeka semalam. 

Kejadian berlaku di Pemalang, wilayah Jawa Tengah baru-baru ini. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @99channel_ memaparkan gadis itu memarahi dan menengking ibunya di hadapan rumah mereka. 

Situasi bertambah tegang apabila dia membawa sebilah pisau dan batang kayu untuk mengugut ibunya. 

Ketua Polis Pemalang, AKBP Eko Sunaryo berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian dan bertemu dengan suspek bersama ibu bapanya sebaik menerima aduan. 

“Kami memberi nasihat agar gadis itu tidak mengulangi perbuatannya. Dia akan dibawa ke pusat psikologi untuk mendapatkan rawatan,” tambah Eko. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 106,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

“Hanya kerana ‘skincare’ jadi anak derhaka!” komen seorang netizen. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI