JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia terkejut apabila lauk ikan keli bakar yang dibeli oleh isterinya dibungkus dengan sekeping ijazah, lapor portal berita Detik News semalam.
Kejadian berlaku di daerah Juwiring, Klaten dalam wilayah Jawa Tengah pada 27 Januari lalu.
Imej yang dimuat naik di laman Facebook menunjukkan lauk ikan keli bakar bersama ulam yang dibungkus dengan sekeping ijazah.
Bahkan, ijazah tersebut adalah asli kerana memiliki tandatangan dan cap jari.
Menurut lelaki yang menemuinya, Wisnu, dia sengaja menyiarkan perkara itu di media sosial untuk mencari pemilik ijazah berkenaan.
“Selepas tular, saya dihubungi oleh pemilik ijazah. Saya masih menyimpannya kerana dianggap penting.
“Saya merancang untuk pergi ke daerah untuk memulangkan ijazah kepada pemiliknya,” tambah Wisu. – AGENSI