fbpx

‘Hati-hati jangan jadi mangsa scammer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim di istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15, hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengingatkan masyarakat supaya sentiasa berhati-hati agar tidak menjadi mangsa jenayah siber.

Baginda bertitah, Pengukuhan infrastruktur dan ekonomi digital, peningkatan keselamatan siber serta penggunaan teknologi terkini hendaklah dilaksanakan segera.

“Sistem perkhidmatan kerajaan juga hendaklah dinaik taraf menggunakan teknologi digital yang lebih cekap dan telus,” titah baginda ketika pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 hari ini.

Baginda bertitah, perkara itu bagi membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa serta budaya ‘red tape’ yang menyusahkan urusan rakyat.

“Namun begitu, suka saya ingatkan kepada masyarakat supaya sentiasa berhati-hati agar tidak menjadi mangsa jenayah siber seperti penipuan kewangan dalam talian atau scammer dan pecurian identiti,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI