PETALING JAYA – “Assalammualaikum madam, saya nak maklumkan yang grup saya ada seorang langsung tak beri kerjasama dalam tugasan. Jadi saya dan ahli kumpulan yang lain dah setuju untuk buang nama dia kumpulan.”
Itu permintaan seorang pelajar di sebuah pusat pengajian kepada pensyarah apabila salah seorang ahli kumpulannya gagal memberikan kerjasama untuk menyiapkan tugasan yang diamanahkan kepada mereka.
Menerusi perkongsian gadis itu di media sosial miliknya, dia turut memaklumkan kepada penyarah tersebut bahawa dirinya telah cuba menghubungi individu berkenaan sebelum itu namun gagal.
Satu-satunya cara untuk ajar ‘free rider’ (penumpang percuma). Maaf, tapi tak menyesal,” katanya ringkas.
Perkongsiannya itu mengundang perhatian orang ramai yang turut menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap golongan ‘free rider’ nanun dalam masa sama turut memuji tindakan pensyarah terbabit.
“Bagus macam ni pensyarah pun bagus. Dulu ada kawan mengadu grup dia ada ‘free rider’ tapi pensyarah ‘back up’ (membela) dia. Tak faham betul,” komen seorang netizen.
“Jangan kasihankan ‘free rider’ sebab dia orang tak buat kerja pun. Nak menyesal apa,” ujar seorang lagi netizen.
“Pernah kena, grup berdua. Aku seorang yang buat, segala slaid aku buat. Masa nak bentang sekali dia tak datang. Mujur sempat buang nama dia, bentang seorang,” kongsi @fyr. – KOSMO! ONLINE