fbpx

EPL: Slot akui nasib membantu Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH terus membuktikan ketajamannya apabila meledak dua gol ketika Liverpool membenam cabaran Bournemouth kelmarin. - AFP

BOURNEMOUTH – Pengurus Liverpool, Arne Slot mengakui pasukannya bernasib baik selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Bournemouth untuk terus mengekalkan penguasaan di Liga Perdana Inggeris.

Kemenangan itu juga menyaksikan Liverpool berjaya menamatkan aksi tanpa kalah The Cherries dalam 11 perlawanan selepas Mohamed Salah meledak kedua-dua gol termasuk jaringan pembukaan menerusi sepakan penalti.

“Jika anda mahukan kemenangan di Stadium Vitality, anda perlukan bantuan tuah kerana peluang yang ada sangat kecil. Kami bernasib baik mendapat penalti, jaringan penyamaan mereka kurang bernasib baik kerana ofsaid dan dua percubaan mereka terkena palang.

“Kami juga mempunyai beberapa peluang, namun tidak bernasib baik. Saya akui bahawa sebelum aksi bermula saya sedar peluang kami menang di sini sangat tipis,” kata Slot.

Dua gol yang dihasilkan oleh Salah menyaksikan dia berjaya memintas kedudukan Frank Lampard untuk muncul pemain keenam penjaring terbanyak dalam saingan EPL selepas mengumpul 178 gol setakat ini.

Mengulas mengenai perlawanan itu, Slot mengakui selain ketajaman jentera serangan yang menyudahkan peluang, beliau juga harus berterima kasih kepada penjaga golnya, Alisson yang mempamerkan ketangkasan luar biasa.

“Alisson menunjukkan kehadirannya sangat penting untuk aksi kali ini. Dia melakukan dua atau tiga penyelamatan berkelas dunia. Jika anda mahu memenangi perlawanan menentang pasukan yang kompetitif anda perlukan aksi berpasukan yang mantap,” ujarnya.

Bagaimanapun, kem Liverpool diselubungi kebimbangan selepas menyaksikan pemain pertahanan, Trent Alexander-Arnold terpaksa dikeluarkan pada babak kedua ekoran mengalami kecederaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI