PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan keadaan cuaca baik dan cerah dilaporkan hampir seluruh negara pagi ini.
Menurut MetMalaysia, ramalan yang sama turut dijangka akan berlaku di semua kawasan di Sabah dan Labuan.
Walau bagaimanapun, cuaca buruk akan melanda Kuching (Kuching), Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Julau) dan Mukah (Dalat dan Mukah) di Sarawak sehingga pukul 1 tengah hari nanti.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE