fbpx

Bot Pulau Perhentian padat bawa 20 penumpang ditahan APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot pelancong yang membawa 20 penumpang di tahan APMM di muara Kuala Besut semalam.

BESUT – Tindakan sebuah bot pelancong membawa lebih muatan sehingga 20 penumpang membawa padah apabila ditahan Maritim Malaysia (APMM) di muara Sungai Besut dekat sini semalam.

Bot yang dalam perjalanan ke Pulau Perhentian dari Jeti Kuala Besut ditahan pada kedudukan 0.9 batu nautika timur laut dari muara Kuala Besut pada pukul 11 pagi.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Mohd. Khairulanuar Abdul Majid berkata, pemeriksaan mendapati kesemua penumpang termasuk tujuh kanak-kanak tidak memakai jaket keselamatan.

“Bot yang membawa lebih muatan itu juga didapati beroperasi tanpa lesen sah daripada Jabatan Laut.

“Pelanggaran dilakukan pengendali bot tersebut amat dipandang serius kerana pengabaian aspek keselamatan demi mengejar keuntungan ini boleh membahayakan nyawa penumpang,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Khairulanuar berkata, bot pelancong berkenaan telah disita dan dibawa ke Jeti Pos Maritim Besut untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

“APMM akan meningkatkan rondaan berkala di kawasan-kawasan aktiviti pelancongan seluruh negeri ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI