fbpx

Ameera Khan berfikiran terbuka tonton babak ‘panas’ Jefri Nichol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jefri (kiri) segan dengan lakonan menjayakan babak panas dalam filem, namun Ameera sebaliknya bersikap terbuka.

PETALING JAYA – Berfikiran terbuka, pempengaruh sensasi Ameera Khan tidak kisah menonton filem Jakarta vs Everybody yang memaparkan babak intim membabitkan kekasihnya,  Jefri Nichol dengan heroin, Wulan Guritno.

Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 25, berkata, aktor terbabit segan hingga menghalangnya menyaksikan adegan panas tersebut ketika mereka sama-sama menonton filem berkenaan.

“Saya menonton filem Jakarta vs Everybody dengan dia. Tapi apabila sampai dekat babak itu (panas), dia tak bagi tengok sebab malu dan saya cakap yang saya pernah tonton sebelum ini.

“Mesti ramai orang ingat saya belum pernah tengok filem tersebut. Itu antara filem lakonannya yang sedikit ‘explicit’.

“Tapi tidak mengapa, sebab saya okey sahaja. Netizen yang tak okey,” katanya menerusi sebuah video yang disunting semula seorang pemilik akaun TikTok.

Hubungan antara adik kepada usahawan selebriti Neelofa itu dengan artis sensasi Indonesia bukan lagi rahsia biarpun ada peminat yang kurang menyenangi keakraban mereka.

Hal ini kerana, lelaki berusia 26 tahun itu kerap mencetuskan pelbagai pengakuan yang mencetuskan kontroversi termasuk pernah meniduri lebih 20 wanita selain makan daging babi.

Begitupun, percintaan pasangan terbabit mendapat restu keluarga termasuk kakak serta ibu bapa Ameera.

Terdahulu, Ameera dan Jefri didakwa pernah bercinta namun hubungan mereka dikatakan terputus selepas mereka saling tidak mengikuti di Instagram sekitar Oktober 2021.

Namun, mereka kembali digosipkan bersama selepas wanita terbabit menerima panggilan video daripada Jefri pada penghujung Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI