SHAH ALAM – Datuk Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan Ahmad Fadzli, 53, bagi menggantikan Datuk Haris Kasim yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Januari lalu.
Bahagian Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dalam kenyataannya memaklumkan Ahmad Fadzli sebelum ini merupakan Pegawai Kewangan Negeri Selangor berkelulusan Ijazah Kedoktoran Pengurusan Perniagaan dari Universiti Sains Malaysia (USM).
“Beliau telah memulakan perkhidmatan dalam Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada tahun 1996.
“Jawatan lain pernah disandang adalah Ketua Kluster Pengurusan dan Inovasi Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) pada tahun 2019,” katanya.
Pengalaman lain beliau adalah Penolong Pegawai Daerah dan Ketua Penolong Pegawai Daerah di Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah serta pernah berkhidmat di Kementerian Pembangunan Luar Bandar. – KOSMO! ONLINE