PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, menzahirkan rasa bimbang dengan budaya fitnah dan hasutan di media sosial.
Baginda bertitah, perkara itu menyebabkan rakyat keliru, bermusuhan dan berpecah belah.
“Oleh itu, kerajaan perlu tegas dalam membendung budaya itu dan bersikap proaktif untuk memberikan maklumat yang betul dan dipercayai,” titah baginda ketika pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 hari ini.
Sementara itu, baginda bertitah semua pihak perlu berusaha untuk menjayakan kempen Melawat Malaysia tahun 2026.
“Kempen tahun Melawat Malaysia tahun 2026 bakal melihat keunikan budaya dan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia, ia juga akan membuka peluang ekonomi dan mengukuhkan imej negara di mata dunia.
“Oleh itu, semua pihak perlu berusaha untuk menjayakan kempen ini terutama dalam memastikan negara kita bersih dan selamat,” titah baginda.
Baginda bertitah, tidak ada pelancong yang hendak datang ke negara ini sekiranya persekitarannya kotor dan kadar jenayah yang tinggi. – KOSMO! ONLINE