fbpx

Piala Malaysia: Magis Kpah Sherman bawa Sri Pahang ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG import, Kpah Sherman (jersi kuning) muncul wira Sri Pahang apabila meledak gol kemenangan untuk mara ke final Piala Malaysia. - SRI PAHANG

 

TEMERLOH – Penantian lebih 10 tahun peminat Pahang untuk menyaksikan pasukan dari negeri itu layak ke final Piala Malaysia akhirnya ternoktah apabila Sri Pahang menyingkirkan Sabah 3-2 secara agregat.

Pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, sebentar tadi, Sri Pahang yang kehilangan khidmat Manuel Hidalgo nyata tidak beri kesan besar apabila mampu menyaingi kualiti The Rhinos.

Walaupun ditentang sengit oleh Sabah FC, idea dan percaturan pengendali Tok Gajah, Fandi Ahmad nyata menjadi yang menyaksikan Kpah Sherman muncul wira pasukan.

Selepas terikat tanpa jaringan di babak pertama, detik malang pelawat tercetus pada minit ke-72 apabila pertahanan importnya, Park Tae-su tertanduk bola ke gawang sendiri.

Bagaimanapun kegembiraan penyokong Sri Pahang hanya bertahan lima minit apabila Sabah FC kembali menyamakan kedudukkan menerusi S. Kumaahran

Memandangkan kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi pertama, perlawanan kali ini terpaksa diheret ke masa tambahan dan segalanya berpihak kepada tuan rumah yang memperoleh gol kemenangan menerusi Sherman pada minit ke-107. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI