MANCHESTER – Pertahanan muda Denmark, Patrick Dorgu kini sah diumumkan sebagai pemain baharu Manchester United.
Pengumuman itu dibuat sendiri oleh The Red Devils, sebentar tadi dan Dorgu menjadi pemain pertama yang dibawa masuk oleh pengurus baharu, Ruben Amorim.
“Patrick Dorgu sudah tandatangan dengan Manchester United,” umum Man. United.
Dilaporkan perpindahan Dorgu dari kelab Itali, Lecce membabitkan yuran perpindahan €30 juta (RM138.4 juta) dan mengikat perjanjian sehingga 2030. – AGENSI