fbpx

Bapa, datuk dan bapa saudara ditahan ‘tebuk’ darah daging sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA SELANGOR – Seorang lelaki warga emas antara tiga individu diberkas bagi membantu siasatan dua kes rogol berasingan melibatkan mangsa bawah umur di Jeram di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajuddin berkata, kes pertama melibatkan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang disyaki dirogol bapa kandungnya.

Katanya, polis menerima laporan kejadian itu daripada ibu mangsa pada pukul 8.29 malam.

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 33 tahun bercerai dengan ibu mangsa sejak 13 Februari 2022. Mangsa tinggal bersama bapanya dan dibenarkan bersama ibu pada hujung minggu serta cuti sekolah,” katanya kepada pemberita malam ini.

Menurut Azaharudin, kejadian rogol itu terbongkar selepas mangsa memaklumkan kepada ibunya kira-kira pukul 7 malam semalam bahawa suspek melakukan hubungan seks dengannya.

Dalam kes berasingan, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun mendakwa dirogol datuk dan bapa saudaranya berusia 66 dan 21 tahun.

“Laporan dibuat datuk saudara mangsa pukul 7.38 malam selepas remaja itu mengadu mengenai perbuatan terkutuk tersebut. Kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

Ketiga-tiga suspek direman selama enam hari sehingga 7 Februari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI