fbpx

[VIDEO] ‘Isteri yang sangat hebat tunggu suami 24 tahun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan Ashraf memeluk isterinya.

PETALING JAYA – Penyatuan semula tebusan Palestin, Ashraf Nofal yang telah diculik dan dikurung selama 24 tahun oleh regim Israel dengan isterinya meruntun hati orang ramai.

Menerusi sebuah video yang dikongsi di media sosial, Ashraf dilihat terus memeluk isterinya yang masih setia menanti kepulangannya itu.

Ashraf merupakan tebusan yang dibebaskan pada hari ini dalam kumpulan ketiga perjanjian pertukaran tebusan.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna melahirkan rasa terharu melihat pertemuan semula pasangan tersebut.

“24 tahun? Allahuakhbar bukan waktu yang singkat, isteri yang sangat hebat setia menanti sang suami,” kata Bungas.

“Di Palestin banyak kisah-kisah keajaiban, pengorbanan, kesabaran, ketauhidan, kesedihan, penderitaan dan kegembiraan yang buat kita insaf dan beriman akan kebesaran Allah,” kata Ada.

“Di sebalik penderitaan yang terlihat ke atas rakyat Palestin, tersembunyi kekuatan cinta sejati yang tidak terbilang. Cinta kepada tanah air, cinta sesama keluarga dan cinta pada pemilik sekalian alam,” kata Waris.

Terdahulu, media melaporkan pihak berkuasa Israel akan membebaskan 110 tahanan termasuk 30 kanak-kanak sebagai sebahagian daripada pertukaran dalam perjanjian gencatan senjata Gaza yang dipersetujui dengan Hamas.- KOSMO! ONLINE

@kekasihrasulullah_♬ Khadijah – Veve Zulfikar

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI