fbpx

 ‘Terima kasih Douglas Lim ceriakan CNY kami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

“TERIMA kasih sebab menceriakan hari kami.”

Itu komen yang diterima Douglas Lim dan Natasha Fernz selepas melancarkan lagu berjudul Oh Mak I Dah CNY sempena Tahun Baharu Cina.

Lagu yang diinspirasikan daripada Alamak Raya Lagi nyanyian kumpulan De Fam itu mencuit hari ramai kerana liriknya mengetengahkan situasi yang sering berlaku pada hari perayaan. 

Rata-rata netizen turut berpendapat itu antara lagu Tahun Baharu Cina paling menyeronokkan setakat ini dan berharap Douglas hasilkan lagi setiap tahun.

“Terhibur dengan lirik lagu, tolong hasilkan lagu setiap tahun.

“Ini lagu raya Cina paling kelakar! Tahniah Douglas dan Natasha,” puji netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI