PETALING JAYA – Dua pengunjung tersangkut di gelongsor air berkaca mendapat perhatian netizen.
Menerusi sebuah video berdurasi satu minit 18 saat yang tular di Facebook, pelampung yang dinaiki dua pengunjung tersebut dilihat tersangkut di tengah-tengah gelongsor sebelum dibantu pekerja taman tema berkenaan.
Kakitangan taman tema berkenaan bagaimanapun dilihat berjalan menuruni gelongsor tersebut tanpa mengenakan sebarang tali kecemasan.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna turut gerun melihat situasi tersebut yang dikatakan seolah-olah tidak selamat.
“Lepastu, pekerja tu jalan balik naik atas ke? Dahlah penat, bahaya pulak tu, risau saja bila dia tolak kuat-kuat pelampung yang tersekat tu,” kata Nagasa.
“‘Zero safety’. Tak kena pengunjung, boleh kena dekat staff. Alih-alih pemilik lepas tangan,” kata Verryangre.
“Idea dah best. Serius best idea ni. Tinggal bahagian keselamatan saja. Kalau dah dapat kelulusan, baru berani nak pergi,” kata Faisal.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 400,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE