fbpx

Seorang mangsa terhidu gas beracun maut, satu masih kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SEBERANG PERAI – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang mengeluarkan arahan penutupan sebuah kilang di Perai, di sini susulan seorang pekerja maut manakala seorang lagi kritikal akibat terhidu gas beracun dari bahan kimia berbahaya.

Pejabat Pengarah JKKP negeri dalam kenyataan berkata, siasatan mendapati seramai lapan pekerja dari syarikat kontraktor yang dilantik ditugaskan untuk menjalankan kerja-kerja fumigasi kawalan makhluk perosak di kilang berkenaan selama lapan hari bermula dari 21 Januari lalu.

“Walau bagaimanapun, dua daripada mereka dilaporkan telah kembali semula ke lokasi fumigasi dijalankan pada 29 Januari (Rabu) untuk mengambil bacaan gas di salah sebuah bangunan di kilang tersebut.

“Kedua-dua mangsa telah mengalami muntah dan sesak nafas serta pengsan selepas meninggalkan premis tersebut sebelum dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan.

“Bagaimanapun, seorang mangsa telah disahkan meninggal dunia di hospital pada 30 Januari (Khamis) manakala seorang lagi masih dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.

Tambahnya, doktor yang merawat kedua-dua mangsa juga telah mengalami sesak nafas dan sakit tekak setelah membuat rawatan bantuan pernafasan (CPR) terhadap mangsa.

“Enam pekerja yang mengalami simptom awal pendedahan kepada gas beracun telah dibenarkan pulang ke rumah namun masih di bawah pemantauan.

“Susulan itu, arahan penutupan keseluruhan kawasan lokasi fumigasi di kilang tersebut telah dikeluarkan beserta notis larangan penggunaan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan iaitu ‘methyl bromide’ yang digunakan untuk kerja-kerja fumigasi tersebut sehingga siasatan selesai dijalankan,” ujarnya.

Katanya, JKKP turut mengarahkan majikan untuk menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan langkah penambahbaikan serta membuat pembentangan kes kepada Jabatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI