fbpx

[VIDEO] Pesawat terhempas di pinggir kota raya, kejiranan bergegar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH pesawat terhempas di pinggir bandar raya Philadelphia semalam. - Foto Philadelphia OEM/X

PHILADELPHIA – Sebuah pesawat ringan membawa enam orang terhempas di pinggir kota raya Philadelphia yang sibuk semalam, kata beberapa pegawai.

Nahas itu mencetuskan kebakaran di kejiranan yang sibuk, menyebabkan beberapa bangunan dan kenderaan terbakar.

Menurut laman pengesanan penerbangan FlightAware, pesawat jenis Learjet itu digunakan untuk mengangkut pesakit bagi tujuan rawatan perubatan.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengesahkan kepada agensi berita AFP bahawa  terdapat enam orang di dalam Learjet itu  tetapi belum ada pengesahan sama ada  ada mangsa terselamat.

Ketika kejadian, jet itu dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Nasional Springfield-Branson di negeri Missouri selepas berlepas dari Lapangan Terbang Timur Laut  Philadelphia , katanya dalam satu kenyataan.

FAA turut mengesahkan bahawa pihaknya akan melancarkan siasatan bersama Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan bagi mengenal pasti punca nahas.

Nahas di bandar pantai timur Amerika Syarikat itu berlaku hanya dua hari selepas sebuah pesawat penumpang bertembung dengan helikopter tentera di Lapangan Terbang Nasional Reagan Washington, mengorbankan 67 orang. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI