fbpx

Malakoff muktamad pengambilalihan Zec Solar, TJZ Suria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) telah selesai melakukan proses pengambilalihan dua syarikat pembekalan tenaga, Zec Solar Sdn. Bhd. dan TJZ Suria Sdn Bhd.

Pengambilalihan itu melibatkan perjanjian jual beli saham sebanyak 22.39 juta yang mewakili 51 peratus kepentingan ekuiti dalam ZEC Solar serta 49,000 saham biasa untuk kepentingan ekuiti 49 peratus dalam TJZ Suria.

Malakoff dalam satu kenyataan berkata, pengambilalihan itu dijangka meningkatkan kapasiti berkesan kumpulan kepada 159 megawatt (MW) dalam sektor tenaga boleh baharu (RE).

Selain itu, ia mengoptimumkan kos operasi melalui sinergi sumber, menghasilkan skala ekonomi.

Mengulas mengenai pengambilalihan itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Anwar Syahrin Abdul Ajib, berkata, langkah tersebut adalah komitmen berterusan syarikat dalam menyokong pelan tindakan peralihan tenaga negara.

Terutama katanya, dalam menangani cabaran yang ditimbulkan oleh perubahan iklim, keselamatan tenaga dan memastikan kemampanan jangka panjang.

“Ia juga menyediakan loji rujukan untuk memenuhi keperluan langkah pembidaan solar berskala besar (LSS) di masa hadapan, baik di dalam atau di peringkat antarabangsa.

“Tambahan lagi, kami turut menceburkan diri ke dalam projek tenaga hidro melalui Projek Sungai Galas RP Hydro (Kelantan) Sdn Bhd, berkapasiti 84 MW,” katanya.

Beliau menambah, Malakoff juga telah memperoleh perjanjian pembelian tenaga solar (SPPA) dengan pemain industri utama seperti DRB-Hicom, UMW, Perbadanan Aset Keretapi serta Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI