fbpx

Lebuh Raya Karak mulai sesak, orang ramai pulang ke ibu kota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadan terkini aliran trafik di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Bentong menghala ke Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Aliran trafik menuju ke ibu kota terutamanya dari Pantai Timur mengalami kesesakan dan perlahan di beberapa lokasi sepanjang Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak (KLK) ketika ini.

Kesesakan ini ekoran pertambahan kenderaan pengguna dari Pantai Timur untuk pulang semula ke ibu kota selepas cuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Menerusi perkongsian di aplikasi X, @LPTTrafik memaklumkan trafik perlahan dan sesak arah ke Kuala Lumpur sepanjang 13.1 kilometer (km) dari KM78.8 Karak hingga ke KM60.7 Bentong.

Jelasnya trafik juga dilaporkan sesak sepanjang 12.2 km dari Bentong ke Lentang.

“Turut dilaporkan sesak sepanjang 3.6 km dari KM23.4 hingga Plaza Tol Gombak dan bercantum dengan trafik di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2),” tulisnya.

Sementara itu, berdasarkan tinjauan rakaman televisyen litar tertutup yang dikongsi di laman sesawang jalannow, antara lokasi yang mengalami kesesakan di Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan ke Kuala Lumpur termasuklah di sekitar laluan Seremban, Port Dickson, Pedas Linggi dan Bandar Ainsdale.

Bagaimanapun, aliran trafik di Plaza Tol Sungai Besi masih lagi lancar dan terkawal.

Bagi bahagian utara pula, antara lokasi kesesakan adalah sekitar Terowong Menora dan Tapah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI