fbpx

‘Anak merajuk itu normal, tak boleh jangka apa dia cakap’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fattah menyifatkan rajuk anaknya, Fatima adalah perkara normal seorang kanak-kanak.

SHAH ALAM – Pelakon Fattah Amin menyifatkan anaknya iaitu Fatima Aisya yang merajuk dalam sebuah video tular sebelum ini adalah normal.

Menurut Fattah atau Abdul Fattah Mohd. Amin, 35, perkara yang diluahkan anaknya itu juga di luar jangkaan kerana Fatima baru berusia 4 tahun.

“Fatima baru berusia empat tahun dan kita tak boleh jangka apa dia cakap. Dia mungkin merajuk dan saya rasa itu normal,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis Meet and Greet bersama Jakel di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Fattah menafikan dakwaan hubungannya dengan Fatima bermasalah dan dia juga menegaskan mereka baru sahaja bertemu semalam.

“Ketika saya jumpa Fatima semalam, kami banyak berbual dan reaksinya tidak seperti dalam video yang tular.

“Meskipun sekarang tidak lagi seperti dahulu dan tak bertemu setiap hari, namun hubungan kami masih kuat. Saya tak nampak ada jarak antara kami.

“Saya dan Fazura (bekas isteri) juga sebaik mungkin cuba buat Fatima faham dengan keadaan sekarang,” jelasnya.

Fattah juga enggan menyalahkan mana-mana pihak yang memuat naik video berkenaan sehingga tular.

“Saya tidak tahu niat sebenar orang yang muat naik video tersebut.

“Kalau boleh tak mahu ulas isu yang sudah lepas dan Harap tiada lagi kecaman. Doakan yang baik-baik,” katanya lagi.

Fattah dan Fazura bernikah pada 27 November 2017 dan sah bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.

Rentetan itu, hak penjagaan anak menjadi milik Fazura manakala Fattah diberikan hak lawatan dan bermalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI