fbpx

Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan kepada seluruh warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Ucapan Seri Paduka Baginda berdua dikongsi menerusi satu poster yang dimuat naik di laman rasmi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Hari Wilayah Persekutuan disambut setiap tahun pada 1 Februari bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.

Kuala Lumpur diisytiharkan pada 1974, Labuan pada 1984 dan Putrajaya pada 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI