fbpx

Warga emas pandu lawan arus di Lekas ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu warga emas yang dipercayai memandu melawan arus di Lebuh Raya Kajang Seremban (Lekas) pagi tadi, ditahan selepas polis mengesan video tular.

SEREMBAN – Seorang warga emas yang dipercayai memandu melawan arus di Lebuh Raya Kajang Seremban (Lekas) ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, pemandu warga emas lelaki Perodua Axia berusia 72 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi selepas pihaknya terkesan dengan satu video tular berdurasi tiga minit yang dimuat naik di media sosial menunjukkan Perodua Axia berwarna perak dipandu secara melawan arus di lebuh raya terbabit.

“Berikutan itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai (IPD) telah mengambil langkah dengan mengesan dan menahan pemandu tersebut dan membawa ke IPD.

“Siasatan awal mendapati pemandu berkenaan dipercayai telah memandu secara melawan arus di lebuh raya terbabit untuk tujuan pulang ke rumah,” katanya di sini, hari ini. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI