fbpx

UCL: Rekod bersih Liverpool lebur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL akur dengan kekalahan kepada PSV pada aksi terakhir sekali gus impian mencatat kemenangan bersih lapan perlawanan tidak kesampaian. - AFP

EINDHOVEN – Pengendali Liverpool, Arne Slot menganggap kekalahan 2-3 kepada PSV Eindhoven, awal pagi semalam sebagai proses pembelajaran buat anak buahnya.

Walaupun tidak dapat mengekalkan rekod kemenangan bersih dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini, Slot yang menurunkan ramai pemain muda tetap gembira kerana mampu melunaskan matlamat asal pasukan.

Sekalipun perit untuk menerima kekalahan, Slot percaya ada perkara positif yang boleh diambil memandangkan The Reds ambil keputusan untuk merehatkan sembilan pemain utama

Pada aksi semalam, Federico Chiesa buat penampilan penuh buat kali pertama sejak Jun dan Jayden Danns pula muncul pemain termuda yang berada dalam kesebelasan utama The Reds di pentas Liga Juara-Juara.

“Seperti dijangka, perlawanan ini akan hasilkan banyak gol. Tetapi, pada akhirnya kami mengharunginya dengan baik terutama untuk melihat pemain muda beraksi.

“Kami menurunkan ramai pemain yang jarang bermain dalam tempoh enam ke tujuh bulan. Federico juga sentiasa berlari dan cuba melakukan tugasnya,” kata Slot.

Gol Liverpool dihasilkan oleh Cody Gakpo dan Harvey Elliott manakala jaringan tuan rumah dijaringkan Johan Bakayoko, Ismael Saibari serta Ricardo Pepi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI