fbpx

UCL: Real resah nantikan undian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REAL gagal menembusi kelompok lapan pasukan terbaik biarpun mencatat kemenangan ke atas Brest pada aksi terakhir fasa liga. - AFP

GUINGAMP – Juara 15 kali, Real Madrid mengakui resah apabila gagal meraih slot automatik ke pusingan 16 terbaik selepas dijangka bakal mengharungi undian sukar pada aksi playoff Liga Juara-Juara (UCL) dengan undian bakal berlangsung pada malam ini.

Sebagai rekod, skuad The Galacticos berjaya menang pada aksi terakhir pusingan pertama awal pagi semalam dengan menewaskan Brest 3-0 hasil jaringan Rodrygo (dua gol) dan Jude Bellingham.

Keputusan tersebut menyaksikan Real menduduki tangga ke-11 di peringkat liga dan berpotensi menentang dua pasukan di zon bawahan, Manchester City atau Celtic.

Jurulatih Real, Carlo Ancelotti berharap pasukan diundi bertemu Celtic, tetapi jika sudah ‘jodoh’, anak-anak buahnya tidak akan memberi laluan mudah.

“Sudah tentu kita tidak mahu diundi bertemu City, namun, kita akan tetapi bersikap profesional jika terpaksa menentang mereka walaupun sedar City menjadi salah satu pasukan kegemaran untuk bergelar juara musim ini.

“Mungkin silap pasukan kerana gagal mempamerkan prestasi konsisten lebih awal pada format baharu UCL kali ini tetapi jika kita mahu mempertahankan kejuaraan, sudah pasti kita perlu singkirkan pasukan terbaik seperti City,” katanya.

Sementara itu, Rodrygo turut kecewa apabila pasukan gagal mencapai objektif untuk berada di kelompok lapan pasukan terbaik.

“Kita tidak boleh melihat ke belakang dan sekarang adalah masa untuk pasukan kembali menunjukkan kebangkitan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI