fbpx

UCL: City berjaya lepasi misi hidup mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Brugge untuk mara ke pusingan playoff UCL. - AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola menarik nafas lega apabila anak-anak buahnya bangkit untuk mara ke pusingan playoff selepas menang 3-1 ke atas Brugge pada aksi Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, skuad The Citizens cemas apabila ketinggalan 0-1 pada babak pertama sebelum mempamerkan kebangkitan dramatik dengan menjaringkan tiga gol menerusi ledakan Mateo Kovacic, Savinho dan jaringan sendiri Joel Ordonez.

Keputusan tersebut menyaksikan City memintas kedudukan Brugge untuk berada di kedudukan ke-22 selepas berakhir pusingan pertama sekali gus berada dalam kelompok 24 pasukan terbaik untuk beraksi di pusingan playoff nanti.

Kata Guardiola, tumpuan pasukan sekarang adalah untuk melihat undian di peringkat kalah mati kerana mungkin bakal menentang pasukan gergasi Eropah seperti Real Madrid atau Bayern Munich.

“Saya jamin kita akan tampil lebih baik pada pusingan playoff nanti dan saya tidak kisah kita bakal bertemu pasukan mana.

“Kita tahu Real adalah pasukan yang lebih berpengalaman tetapi apa yang penting, kita dapat gunakan pemain-pemain baharu yang ditandatangani pada bulan ini,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan, Guardiola mengakui hampir menekan butang panik selepas menyaksikan pasukannya ketinggalan tetapi bernasib baik perubahan taktikal pada babak kedua memastikan tiga mata penting dapat diraih.

“Pasukan seperti tidak bernyawa pada babak pertama tetapi kemasukan Savinho telah mengubah segalanya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI