fbpx

‘Setiap hari bangun subuh, solat berjemaah di Pengasih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mamat mendedahkan dia terjebak dengan najis dadah sejak berusia 16 tahun.

PETALING JAYA – Berkongsi demi pengajaran, penyanyi Mamat mendedahkan terjebak dengan dadah sejak tiga dekad lalu ketika berusia 16 tahun sehingga ditempatkan di Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih).

Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Ali Kamarudin, 48, berkata, jalan terbaik untuk kembali kepada kehidupan ‘bersih’ adalah di pusat terbabit, apatah lagi menerima layanan baik di tempat itu.

“Apabila saya sampai di Pengasih, sambutan dan layanan yang diberikan kepada saya sangat baik sekali gus membuatkan kita semua hormat satu sama lain dan sentiasa ada sebagai satu keluarga.

“Disebabkan itu juga membuatkan saya bertambah bersemangat mahu berubah selain enggan lagi berputus asa,” katanya dalam perkongsian bersama Dol’s Podcast kendalian Shuib, Mamat Sepah dan Fizie Roslan.

Menurut bekas vokalis kumpulan Exists itu, kini sudah enam bulan dia berada di bawah jagaan pusat terbabit yang turut menekan aspek sahsiah diri serta kerohanian.

Katanya, dia yang diberi tanggungjawab sebagai penyelaras aktiviti memaklumkan jadual harian penghuni Pengasih bermula seawal subuh.

“Setiap hari kami akan bangun sebelum waktu subuh untuk mandi sebelum mendirikan solat subuh berjemaah.

“Di sana saya merupakan salah seorang koordinator dan akan menguruskan setiap aktiviti yang akan dilakukan penghuni lain.

“Antara aktiviti yang kami jalankan ialah solat lima waktu berjemaah selain menghadiri kelas mengaji al-Quran,” ujarnya.

Sebelum ini, Mamat dikenakan hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor atas dua pertuduhan mengambil dadah pada 2019.

Di Mahkamah Sesyen, Mamat dijatuhi hukuman denda RM4,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hakim turut memerintahkan bapa tiga anak itu menjalani dua tahun pengawasan di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bentong, Pahang bagi rawatan dan pemulihan. – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI