fbpx

Saintis ramal asteroid sebesar London Eye hentam Bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH asteroid sebesar Roda Ferris (kanan) di London akan berlanggar dengan Bumi. - Foto Getty Images/iStockphoto

LONDON – Sebuah asteroid hampir sebesar roda Ferris, London Eye di Britain dijangka akan berlanggar dengan Bumi dalam tempoh tujuh tahun lagi, lapor portal berita Daily Star semalam. 

Batu angkasa itu kini meluncur  ke arah planet ini pada kelajuan 48,280 kilometer sejam dan mempunyai diameter sekitar 100 meter.

Asteroid itu ditemui pada 25 Disember tahun lalu oleh sebuah balai cerap di Chile. Ia dikenali dengan kod 2024 YR4.

Anggaran rasmi meramalkan bahawa terdapat kebarangkalian satu dalam 83 untuk  asteroid itu menghentam Bumi pada Rabu, 22 Disember 2032.

Asteroid itu mempunyai kadar perlanggaran tertinggi yang pernah direkodkan oleh Agensi Angkasa Eropah (ESA) dan berada dalam kedudukan tertinggi senarai risiko asteroid melanggar Bumi.

Pihak ESA menyatakan asteroid sebesar itu hanya berlanggar dengan Bumi sekali bagi setiap beberapa ribu tahun. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI