PORT DICKSON – Keseronokan seorang pemuda beriadah Bersama rakan-rakannya berakhir tragedi apabila dia ditemui lemas ketika mandi di Pantai Batu 2 di sini hari ini.
Mayat M.R Vishhvaruben, 20, ditemui dalam jarak 250 meter dari pantai oleh pasukan bomba yang menjalankan operasi mengesan mangsa sebaik menerima laporan pada pukul 6.31 petang semalam.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan Mohd. Kamal Mohd. Timar berkata, mayat mangsa ditemui pada pukul 12.50 tengah malam.
“Mayat mangsa dibawa naik ke darat pada pukul 1 pagi sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Semalam, media melaporkan seorang lelaki Pakistan, Wasif Shehzad, 23, ditemui lemas oleh pasukan penyelamat di perairan Pantai Batu 5, di sini. – KOSMO! ONLINE