fbpx

NTSB jumpa kotak hitam nahas American Airlines

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN penyelamat melakukan pencarian di lokasi nahas pesawat American Airlines di Sungai Potomac, Washington semalam. – AFP

WASHINGTON – Pasukan penyiasat menemui dua kotak hitam milik pesawat penumpang yang berlanggar dengan sebuah helikopter tentera di udara, menyebabkan 67 orang terbunuh.

Penemuan dibuat di Sungai Potomac, Washington semalam.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan(NTSB) berkata, pihaknya menemui perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan daripada pesawat Bombardier milik anak syarikat penerbangan American Airlines yang merempuh helikopter Black Hawk lewat kelmarin.

“Kedua-dua kotak hitam itu berada di makmal NTSB untuk pemeriksaan lanjut,” kata agensi berkenaan kepada AFP.

Menurut akhbar New York Times, menara kawalan Lapangan Terbang Kebangsaan Reagan kekurangan kakitangan ketika pesawat tersebut hendak mendarat dan pelanggaran berlaku.

Seorang pegawai dan bukannya dua kakitangan seperti sepatutnya, mengurukan laluan pesawat serta helikopter pada hari kejadian, demikian menurut New York Times yang memetik laporan awal Pentadbiran Penerbangan Persekutuan.

Bola api terbentuk di langit malam dengan kedua-dua pesawat serta helikopter jatuh ke dalam Sungai Potomac, menyebabkan pasukan kecemasan bergelut untuk mencari mayat mangsa dalam keadaan gelap serta sejuk.

Pesawat penumpang itu membawa 64 orang, manakala tiga orang berada di dalam  Black Hawk semasa kejadian.

Pelanggaran itu merupakan nahas udara besar pertama di Amerika Syarikat sejak 2009 apabila 49 orang terbunuh dekat Buffalo, New York melibatkan Penerbangan American Eagle 5342 dari Wichita, Kansas. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI