fbpx

Mohd. Nizam Panglima ATM ke-23

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (kiri) menyempurnakan pemakaian pangkat kepada Mohd. Nizam ketika Majlis Pemakaian Pangkat Panglima ATM ke-23 hari ini.

KUALA LUMPUR – Penolong Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Leftenan Jeneral Datuk Mohd. Nizam Jaffar dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-23 berkuat kuasa hari ini.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan Mohd. Nizam menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman yang bersara setelah menamatkan tempoh perkhidmatan.

Katanya, pelantikan Mohd. Nizam sebagai Panglima ATM ke-23 mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Pada hari ini secara rasminya, Mohammad menyerahkan tampuk pemerintahan ATM kepada Jeneral Mohd. Nizam.

“Di atas komitmen dan kecemerlangan sepanjang menabur bakti dalam perkhidmatan, beliau telah diberi kepercayaan untuk menerajui ATM,” katanya.

Terdahulu, Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Tentera Ke-23 ini telah disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan Malaysia.

Mohd. Nizam merupakan graduan daripada Royal Military Academy Sandhurst, England yang berprestij tinggi dan beliau juga telah menghadiri pelbagai kursus kerjaya di dalam serta luar negara antaranya kursus Junior Command and Staff College, Bangladesh, Mid Career Management Course, Pakistan, Command and General Staff College Fort Leavenworth, Amerika Syarikat dan Le Collège Interarmées de DéfenseCollege Interarmees de Defence (CID), Paris, Perancis.

Kerjaya ketenteraan beliau bermula sebagai Ketua Platun di Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize) dan seterusnya dipertanggungjawabkan sebagai Juruiring (Aide-De-Camp) kepada Timbalan Panglima Tentera Darat dan Panglima Angkatan Tentera ketika itu, Jeneral Tan Sri Mohamed Hashim Mohd Ali.

Di atas dedikasi dan kewibawaan yang ditunjukkan sebagai Pegawai Kanan Tentera Darat Malaysia, Mohd. Nizam telah diberi kepercayaan menjadi Juruiring kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14.

Beliau juga berjaya menamatkan pengajian di Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas), Putrajaya dengan cemerlang dan telah dianugerahkan The National Resilience College (NRC) Award oleh NRC Directing Staff Council.

Mohd. Nizam juga pernah memegang jawatan Panglima Briged Kedua Infantri Malaysia, Ipoh dan seterusnya dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Latihan di Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Port Dickson.

Sebelum menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKS PA) di Bahagian Perkhidmatan Anggota, Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM – BPA), beliau telah menjawat jawatan sebagai Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Puspahanas, Putrajaya.

Pencapaian Mohd. Nizam pada peringkat antarabangsa pula memperlihat beliau mencipta sejarah sebagai Pegawai Kanan Tentera Darat Malaysia pertama yang terpilih menghadiri Global Peace Operations Initiative (GPOI) Peace Support Operations Contingent Commander Course di Monterey, Amerika Syarikat sebelum dilantik sebagai Komander Malaysian Battalion (Malbatt) 2 di Lubnan.

Beliau juga merupakan graduan lulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari University of Nottingham dan dilantik sebagai Fellow Scholar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI