fbpx

Dua pengedar konsert Pinkfish telah dituduh di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Dua daripada tiga pengedar dadah yang ditangkap susulan kematian empat pengunjung konsert Pinkfish telah dituduh di mahkamah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kedua-duanya telah didakwa secara berasingan antara 7 dan 9 Januari lalu.

Katanya, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Kedua-dua mereka telah mendapat jaminan mahkamah manakala seorang lagi tiada pertuduhan.

“Mereka dipercayai yang menjual pil ekstasi kepada pengunjung konsert tersebut,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan baharu berhubung kes kematian empat individu termasuk dua wanita akibat dadah dalam konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada sambutan ambang tahun baharu.

Hussein menegaskan, pihak mengadakan perbincangan dalam masa terdekat dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta operator konsert berkaitan prosedur operasi standard (SOP) penganjuran konsert di Selangor.

Jelasnya, pada masa sama pihaknya akan melipat gandakan usaha termasuk risikan berhubung penjualan, pengedaran dan penggunaan dadah dalam sesuatu konsert.

Selain itu, katanya, pihaknya juga akan meminta penganjur konsert mengambil tindakan tertentu dalam meningkatkan kawalan mereka yang masuk serta bekerjasama dengan polis dalam memantau penyalahgunaan dadah di konsert.

“Memang polis sebelum ini melakukan pemantauan dan pencegahan penyalahgunaan dadah secara berterusan bukan sahaja di konsert malah pusat hiburan.

“Malah sebelum ini memang ada (pasukan bahagian narkotik di tempat konsert) cumanya kita tidak dihebahkan buat tangkapan dan saringan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI