fbpx

Drama Along Cham-Afreena makin kusut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Along Cham mengesahkan akan memfailkan lafaz cerai taklik kepada Afreena susulan isterinya melanggar perjanjian sebanyak tiga kali.

PETALING JAYA – Pergolakan rumah tangga Along Cham selepas pelakon dan pelawak itu dibebaskan daripada lokap berkaitan kes dadah memasuki babak baharu apabila polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung penipuan hampir RM100,000.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu diberkas pada pukul 10 malam di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang semalam.

Katanya, suspek diberkas ke­rana disyaki terlibat dengan kes penipuan RM95,180 melibatkan isteri Along Cham, Afreena Suhaimi, 33, baru-baru ini.

“Setakat ini polis telah me­rakam tiga percakapan termasuk isteri Along Cham bagi membantu siasatan. Kita mendapat perintah reman selama empat hari ke atas si isteri, manakala suaminya tiga hari,” katanya ketika dihubu­ngi.

Kelmarin Kosmo! melaporkan polis mengesahkan telah menerima laporan daripada isteri pelawak dan pelakon Along Cham, Afreena Suhaimi, berhubung kes penipuan melibatkan dana berjumlah hampir RM100,000.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dipetik sebagai berkata, laporan tersebut dibuat oleh isteri selebriti itu di Kajang, Selangor.

Terdahulu, kes tersebut menjadi perhatian selepas polis me­nerima laporan daripada Afreena mengatakan telah ditipu suspek melibatkan tawaran bantuan bagi mengurangkan hukuman di mahkamah hingga mendorongnya menyerahkan sejumlah wang.

Mangsa yang bekerja di Malaysia Airlines dikatakan telah berjumpa suspek pada Disember lalu untuk berbincang mengenai masalah yang dihadapi suami­nya.

Suspek telah beberapa kali berjumpa dengan mangsa dan meyakinkan mangsa dia boleh membantunya menyelesaikan masalah tersebut kononnya boleh membantu untuk menurunkan seksyen kesalahan agar hukuman yang dikenakan dapat diringankan.

Mangsa telah bersetuju dan membuat pembayaran berjumlah RM95,180 ke dalam dua akaun bank yang telah diberikan suspek.

Bagaimanapun, setelah pembayaran dibuat, mangsa mendapati suspek tidak menunaikan bantuan yang ditawarkan sebelum membuat laporan polis pada 28 Januari lalu.

Sehubungan itu, polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Ke­seksaan dan disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ko­mersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

GAMBAR fail Along Cham bersama ibunya selepas Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskannya (DNAA) atas satu pertuduhan memiliki dadah disyaki kanabis.

Pada Selasa lalu, Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mengesahkan akan memfailkan lafaz cerai taklik kepada Afreena sehari selepas keluar dari penjara dengan ikat jamin ekoran kes berkaitan dadah dihada­pinya.

Along berkata, tindakan itu diambil selepas mendakwa Afreena sudah melanggar tiga perjanjian taklik yang dipersetujui sebelum ini.

Antara taklik yang dilanggar Afreena ialah tidak patuh dan membelakangkan suami.

Dakwa Along, dia sepatutnya memfailkan lafaz cerai taklik itu di mahkamah pada 16 Disember tahun lalu, tetapi malangnya ditahan dua hari sebelum itu atas dakwaan memiliki dadah.

Along juga tidak menafikan wujud orang ketiga dalam permasalahan rumah tangga mereka. Akuinya, dia juga tidak me­nyangka rumah tangga yang dibina selama sembilan bulan itu berdepan masalah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI