fbpx

Budak 8 tahun patah tangan terjatuh ketika daki Gunung Lambak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba melakukan kerja-kerja membawa turun Fudhayl Ar Rizqin yang terjatuh ketika menuruni Gunung Lambak, Kluang pagi tadi.

KLUANG – Seorang kanak-kanak berhadapan detik ngeri selepas terjatuh ketika menuruni gunung dalam kejadian di Gunung Lambak di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Mohd Nor berkata, kejadian dimaklumkan kepada pihaknya pada pukul 10.33 pagi.

Katanya, sebuah jentera FRT dan EMRS bersama lapan anggota diketuai Pegawai Kanan Bomba II Noorhakim Nordin dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Anggota pasukan penyelamat menemui mangsa, Fudhayl Ar Rizqin Riduan, 8, pada ketinggian 510 meter ketika mahu memulakan perjalanan menuruni gunung.

“Mangsa sebelum itu telah mendaki bersama ayahnya kira-kira pukul 9 pagi sebelum sampai ke puncak sekitar pukul 10 pagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mohd Fauzi lagi, akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan patah tangan kiri dan luka di kaki serta kepala seterusnya diberikan rawatan awal oleh anggota penyelamat.

Ujarnya, mangsa kemudiannya dibawa turun menggunakan pengusung sebelum dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) untuk rawatan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI