fbpx

Bekas isteri Harith Iskander sebak, menangis di luar mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jezamine yang sebak dan Harith ketika ditemui diluar Mahkamah Majistret hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas isteri pelawak Harith Iskander, Dr. Jezamine Lim sebak dan menangis di luar Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas prosiding kes pertuduhan seorang lelaki yang menghantar kata-kata ancaman jenayah kepada keluarganya.

Ia selepas ditanya mengenai kesan yang dihadapi ekoran kiriman ugutan yang menyentuh keselamatan anak perempuannya.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai permintaan tertuduh untuk berjumpa dan memohon maaf, ibu kepada tiga anak itu gagal untuk menyembunyikan perasaan lalu menangis di samping Harith.

Selepas melihat keadaan sebak bekas isterinya Harith, 58, kemudiannya menenangkan wanita itu dan memohon semua pihak memberi ruang untuk Jezamine bertenang.

“Sebagai seorang ibu, semua akan faham perasaan Dr. Jezamine, kita biarkan dia tenang dahulu,” kata Harith.

Terdahulu, tindakan tukang rumah yang menghantar kata-kata ancaman jenayah terhadap keluarga pelawak Harith Iskander memakan diri apabila dia dipenjara selama lima bulan dan RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret S.Mageswary menjatuhkan hukuman itu terhadap Izzuddin Md. Salim, 32, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI