fbpx

4 dalang 11 kes samun di Selangor kecundang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV kejadian ragut rantai leher milik seorang wanita 3 Januari lalu.

SERDANG – Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita tempatan bagi membantu siasatan berkait kes samun dan ragut di hadapan kedai di Taman Mawar, Puchong, di sini, 3 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A Anbalagan berkata, pengadu wanita berusia 42 tahun didatangi seorang lelaki tempatan telah didatangi seorang suspek lelaki tempatan menaiki motosikal berwarna merah sebelum rantai leher mangsa ditarik dari belakang sekitar pukul 4.40 petang.

“Suspek terus melarikan diri. Anggaran kerugian lebih kurang sebanyak RM8,000.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas maklumat, bermula pada 16 hingga 18 Januari lalu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan Respon Team Balai Polis Bandar Kinrara menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia dalam lingkungan 31 hingga 55 tahun bagi membantu siasatan.

“Salah seorang suspek ditahan sekitar Petaling Jaya, manakala tiga lagi termasuk suspek utama ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) yang dipercayai baru pulang bercuti dalam negara.

“Hasil semakan rekod lampau mendapati tiga orang suspek mempunyai 21 rekod lampau jenayah dan narkotik manakala saringan ujian air kencing pula menunjukkan tiga orang suspek positif dadah,” jelas beliau.

Sehubungan itu, pihak polis merampas motosikal, helmet dan pakaian yang digunakan semasa jenayah samun dilakukan manakala rampasan lain adalah telefon bimbit, jam tangan, rantai dan cincin dipercayai emas.

Katanya, hasil tangkapan dan rampasan yang dibuat, sebanyak 11 kes jenayah samun ragut yang berlaku di dalam tiga daerah di Selangor iaitu Serdang, Petaling Jaya dan Subang Jaya telah berjaya diselesaikan dengan anggaran kerugian lebih kurang RM40,000.

“Suspek utama, lelaki warga tempatan, 31 masih dalam tahanan reman sehingga 3 Februari bagi membantu siasatan lanjut.

“IPD Serdang memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat jenayah dengan menghubungi IPD Serdang di talian 03-8074 2222 atau di mana-mana balai polis berdekatan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI