fbpx

4.37 juta pekerja nikmati gaji minimum RM1,700 sebulan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Sejumlah 4.37 juta pekerja bakal menikmati manfaat gaji minimum berjumlah RM1,700 sebulan menerusi pelaksanaan Perintah Gaji Minimum baharu yang berkuat kuasa di seluruh negara mulai 1 Februari 2025.

Kementerian Sumber Manusia berkata, penetapan gaji minimum kepada RM1,700 sebulan kepada dibuat kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih dan majikan yang menjalankan suatu aktiviti profesional tanpa mengambil kira bilangan pekerja digajikan oleh mereka.

“Manakala, bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja, tarikh kuatkuasa akan
bermula pada 1 Ogos 2025.

“Hal ini bagi memastikan majikan diberi tempoh yang mencukupi untuk melakukan penyesuaian dalam struktur gaji dan operasi syarikat masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata kenyataan itu, langkah tersebut bakal memanfaatkan 4.37 juta pekerja selaras dengan agenda Ekonomi Madani yang menekankan keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta inklusif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI