PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan kekecewaannya selepas membeli popia yang didakwa tiada inti, walaupun dijual pada harga RM6 untuk tiga biji.
Menerusi perkongsian di Tiktok oleh pengguna Yaya Lee, popia yang dibelinya hanya mengandungi kulit tanpa isi yang mencukupi.
“Nak marah pun tak boleh, tapi sumpah tak berbaloi RM6 untuk tiga biji. Ada yang kulit sahaja, ni inti gulung angin ni,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman serupa:
“Saya pernah terkena dengan popia sira. Kosong, hanya lipatan kulit popia semata-mata. Tapi peniaga itu masih lagi berniaga,” komen MizsNA.
“Saya pun pernah terkena. Punya la teringin, beli popia sira mini RM2 untuk tiga biji, tapi dalamnya cuma ada sehelai bawang goreng. Itu pun beli dekat pasar pagi. Sejak kejadian tu, terus tak beli lagi,” kata WanrrI0rs.
“Pernah terkena juga. Memang tak berkatlah berniaga macam ni. Sampai trauma nak beli popia lagi,” ujar R.S.A. -KOSMO! ONLINE
@kitakakishoppingthe real popia isi angin. nak marah pun tak boleh. tp sumpah tak baloi RM6 untuk 3 biji. ada yg kulit sahaja ya! betul2 inti gulung angin ni.