PETALING JAYA – Seorang wanita kecewa apabila tempahan inap desa (homestay) yang telah dibuat awal berserta semua bayaran di Cameron Highlands, didakwa telah diberikan kepada pelanggan lain.
Video kekecewaan wanita itu yang mahu bercuti ke Cameron Highlands bersama keluarga dimuat naik menerusi hantaran TikTok @kak_wangi dan dia berkongsi perbualan dengan pemilik homestay dan pekerjanya.
“Tak pernah terfikir akan kena aniaya sampai macam ni masa nak daftar masuk homestay di Cameron Highlands, bukan main viral konon servis bagus.
“Bila sampai dan nak daftar masuk, dia boleh cakap ‘homestay’ tu dah ada pelanggan yang masuk,” katanya pada hantaran video.
Wanita itu berkata, dia mengaggap perkara itu sebagai ujian kepadanya sekeluarga.
“Terima kasih Balai Polis Tanah Rata sebab sudi tolong kami sekeluarga cari homestay untuk kami berehat,” katanya. – KOSMO! ONLINE
@kak_wangiAllah bagi ujian Allah juga bagi Bahagia ♥️♬ original sound – shfnz 💕