SEREMBAN – Tiga lelaki disyaki terlibat dalam mencuri kabel berjaya diberkas polis di kawasan Jalan Nilai Perdana 1, Nilai, pada awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi, semasa anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Bilik Gerakan IPD Nilai memaklumkan terdapat kejadian syaki curi kabel.
“Anggota URB kemudiannya tiba di lokasi kejadian dan mendapati sebuah motokar yang dinaiki oleh dua lelaki tempatan sedang bersembunyi didalam motokar manakala seorang lelaki tempatan sedang bersembunyi di dalam kawasan semak.
” Hasil siasatan awal mendapati, tiga suspek yang berjaya di tahan lingkungan umur 30-an hingga 40-an dengan mempunyai pelbagai rekod lampau melibatkan kesalahan jenayah dan narkotik.
” Turut berjaya dirampas adalah segulung kabel berwarna hitam, dua alat pemotong kabel, sebatang besi, sebilah sabit, sebuah motokar dan satu rangkai kunci,”katanya ketika dihubungi di sini.-KOSMO! ONLINE