fbpx

Tanah runtuh Miri: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumi satu kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Upacara pengebumian kelima-lima mangsa yang dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Tab Cinaq, Pujut 5B.

MIRI – Jenazah lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, di sini selamat disemadikan di dalam satu kubur di Tanah Perkuburan Islam Tab Cinaq, Pujut 5B  hari ini.

Sebelum ini, solat jenazah diadakan di Masjid At-Taqwa yang disempurnakan oleh Imam 1 Masjid, Jumaidi Naha.

Walaupun hujan renyai-renyai di tanah perkuburan tersebut, ia tidak menghalang orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada kesemua mangsa.

Dalam tragedi pukul 3 pagi semalam, kelima-lima mangsa dijumpai meninggal dunia di bawah timbusan tanah runtuh yang menimpa rumah mereka di Lot 287 A.

Mereka terdiri daripada dua wanita berusia 71 dan 41 tahun, dua kanak-kanak perempuan berusia 8 dan 11 tahun serta seorang remaja lelaki berusia 16 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI