fbpx

‘Saya pun pernah kena kecam terpilih jadi hos AJL’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAIZAL pernah enam kali mengemudi Anugerah Juara Lagu bersama rakan gandingannya, Cheryl Samad. - AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Pengacara dan penyampai radio senior, Faizal Ismail atau FBI memohon agar netizen memberikan peluang kepada Naz Rahman dan Sissy Iman yang terpilih sebagai pengacara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) untuk buktikan kebolehan mereka.

Sebagai pengacara yang pernah mengemudikan AJL sebanyak enam kali , Faizal atau nama lengkapnya Mohd Faizal Ismail, 48, turut berdepan dengan kritkan apabila terpilih menjadi pengacara bersama Cheryl Samad dulu.

“Pemilihan Naz dan Sissy mengingatkan saya sewaktu pertama kali dipilih sebagai hos AJL beberapa tahun lalu. Ketika itu ramai yang meragui saya. Macam- macam kritikan yang saya terima.

“Semuanya kerana saya orang baharu ketika itu dan digandingkan pula dengan Cheryl Samad. Tetapi Alhamdulillah akhirnya saya berjaya bertahan sebagai hos AJL selama enam tahun.

“Memang menjadi lumrah setiap pengacara baharu yang dipilih pasti akan ada pihak yang tidak suka. Jadi sesiapa yang dipilih perlu bersedia untuk berhadapan dengan situasi seperti ini,” katanya ketika ditemui pada majlis kenduri Borak Seeni, semalam.

Mengulas lanjut mengenai pemilihan Naz dan Sissy, kata penyampai radio Zayyan itu, Naz merupakan seniornya yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengacaraan.

“Ketika saya masih menuntut di universiti, Naz sudah mula jadi pengacara Kelab Disney Malaysia. Saya rasa tidak wajar untuk mempertikaikan kredibiliti Naz sebagai seorang pengacara. Dia sememangnya layak untuk menjadi hos AJL. Dia mempunyai banyak pengalaman dan berkebolehan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik.

“Mungkin penonton masih belum dapat bayangkan cara pengacaraan Naz kerana masih dibayangi dengan cara pengacara-pengacara terdahulu seperti Azwan Ali, Aznil Haji Nawawi dan Alif Satar.

“Sissy pula saya lihat dia merupakan seorang pengacara yang santai dan bersahaja. Dia akan mengimbangi gaya pengacaraan Naz. Inilah gandingan yang diperlukan untuk mengemudi rancangan seperti AJL,” ujarnya.

Terdahulu netizen mengkritik pemilihan Naz dan Sissy sebagai hos AJL39 yang disifatkan mereka sebagai gandingan pengacara yang tidak kena. AJL39 bakal bersiaran langsung pada 16 Februari bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil dan akan disiarkan di TV3. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI