fbpx

Rumah kena ceroboh, nenek 73 tahun cedera ditumbuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kecederaan yang dialami wanita warga emas itu akibat ditumbuk oleh suspek. (Gambar kecil)

KUALA SELANGOR – Seorang wanita warga emas cedera ditumbuk lelaki yang menceroboh masuk ke rumahnya di Kampung Pasir Tuntong di sini, kelmarin.

Kejadian itu mengakibatkan mangsa berusia 73 tahun yang tinggal bersendirian cedera pada bahagian mata dan bibir.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azharudin Tajuddin berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira pukul 5.50 petang dan siasatan awal mendapati suspek lelaki berusia 34 tahun menetap berdekatan rumah mangsa.

“Ketika kejadian, wanita itu didatangi suspek yang masuk melalui pintu rumah yang terbuka lalu menerkam dan menumbuk mangsa. Sewaktu pergelutan, mangsa menjerit meminta pertolongan dan suspek segera keluar melarikan diri,” katanya di sini, hari ini.

Tambah Azharudin, wanita itu kemudian meminta bantuan jiran dan dibawa ke Hospital Tanjong Karang bagi rawatan lanjut.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 447/323 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian supaya menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI