WASHINGTON – Sebuah jet penumpang bertembung di udara dengan sebuah helikopter di kawasan Sungai Potomac, berhampiran Lapangan Terbang Kebangsaan Ronald Reagan, Washington, lapor saluran berita Sky News.
Pesawat tersebut dikenal pasti milik perkhidmatan PSA Airlines (Penerbangan 5342) yang beroperasi untuk syarikat penerbangan American Airlines.
Ia terbang dari bandar Wichita di Kansas.
Polis tempatan berkata di media sosial bahawa operasi mencari dan menyelamat melibatkan pelbagai agensi sedang dijalankan.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan berkata, ia sedang mengumpul lebih banyak maklumat mengenai insiden itu.
Sementara itu, saluran berita Al Jazeera melaporkan, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata lewat semalam bahawa jet Bombardier CRJ700 itu berlanggar dengan helikopter Sikorsky H-60 ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang.
Setakat ini, tidak dinyatakan jumlah penumpang dan kemalangan jiwa. – AGENSI
@mezmorisedA CRJ-700 jet, American Airlines Flight 5342, collided with a Sikorsky Blackhawk military helicopter near Reagan National Airport outside of Washington D.C. over the Potomac River. #BreakingNews #PlaneCrash #WashingtonDC #AmericanAirlines #CRJ700 #MilitaryHelicopter #AviationAccident #ReaganNationalAirport #EmergencyResponse #PotomacRiver #FAA #NTSB #AirDisaster #MidAirCollision #Blackhawk #FYP #ForYou #ForYouPage #TrendingNow #Viral #ExplorePage #InTheNews #Politics #PoliticalNews #Democracy #Government #Elections #CapitolHill #Vote #PolicyMatters #CivicEngagement #Leadership #PoliticalDebate #TruthToPower #Bipartisan #Freedom #Constitution #HumanRights #Justice #SocialIssues #ClimatePolicy #FYPPolitics #PoliticalFYP #TrendingPolitics #ForYouNews #YourVoiceMatters #FYPForChange #Grassroots #StayInformed #PoliticalAwareness #Election #Political #ElonMusk #SnowDay #Houston #ChampionsLeague♬ Swimming – Flawed Mangoes