fbpx

Pengunjung terkejut pelampung jatuh dari gelongsor kaca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tersebut yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Pengunjung di sebuah taman tema terkejut apabila mendapati sebiji pelampung yang digunakan sebagai tarikan baharu iaitu gelongsor air kaca jatuh ke tanah.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, gelongsor bersaiz besar yang boleh digunakan oleh dua individu itu terjatuh di tengah-tengah taman tema yang sedang ramai pengunjung.

Bagaimanapun, insiden itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna meluahkan rasa bimbang tentang keselamatan gelongsor tersebut.

“Aku masa dia mula-mula buka tu pun dah agak tak selamat. Dengan dinding kaca tak tinggi masa ‘corner’ tu, memang ciri keselamatan tiada langsung. Tengok dah jatuh pelampung nasib tak ada orang,” kata Kapten Ayeen.

“Aku dah agak dah tak selamat, patutlah suami aku tak bagi naik hari tu. Dia kata tak ada ciri keselamatan langsung. Nasib baik,” kata Nuramira.

“Kalau kosong pelampung tu, memang senang melambung sebab dalam dia ada gas. Tapi kalau ada orang guna, dah berat tak melambung,” kata Dammia.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 200,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI